Sunday, November 20, 2016

Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

1) Bahan-bahan Kitar Semula termasuk kebanyakan jenis tayar, botol air, kaca, kertas, logam, dan plastik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Image result for botol terpakaiImage result for barang yang boleh dikitar semula

2) Aktiviti Kitar Semula bagi mereka yang mempunyai bakat dalam seni kreativiti, bahan-bahan ini boleh diolah menjadi sesuatu yang bermanfaat yang kemudiannya boleh dijadikan hobi untuk mengisi masa luang. Malah ada juga yang beroleh pendapatan hasil daripada gubahan bahan terpakai.
Ada juga masyarakat kampung di negara ini yang mengambil inisiatif dengan membuat beg kertas daripada kertas surat khabar. Beg tersebut diusahakan oleh Majlis Perundingan Kampung Tanjong Maya yang setentunya akan membantu ekonomi penduduk kampung.
Mudah-mudahan perancangan untuk melaratkan aktiviti ini ke kampung-kampung yang lain akan dapat dilaksanakan.
Image result for beg daripada kertas surat khabar
Image result for beg daripada kertas surat khabar
Image result for how to make diy with plasticImage result for diy with plastic





3) Berita (Sinar Harian)

Image result for kitar semula
KUALA LUMPUR - Menjelang tahun 2020, sasaran kutipan sampah dan sisa pepejal di seluruh negara ditetapkan 33,000 tan sehari.

Dengan jumlah kutipan pada tahun lepas sudahpun mencapai 30,000 tan sehari sedangkan sasarannya 20,000 tan sehari, tidak mustahil jumlah lambakan sampah oleh rakyat Malaysia untuk tahun 2020 akan melebihi jumlah sasaran itu.

Persoalannya, adakah penambahan jumlah sampah akan menyebabkan kita terpaksa hidup berkongsi tanah dengan timbunan sampah sarap yang kita sendiri hasilkan? Apa pula tindakannya jika mahu mengurangkan masalah ini?

Menurut Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) Mohd Zain Hassan, tugas dan tanggungjawab mengurangkan jumlah sampah itu tidak hanya tergalas di bahu agensi dan syarikat yang terbabit menguruskan sampah dan bahan buangan sahaja. Tetapi akan lebih berjaya apabila dimulakan dari rumah.

Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan kerajaan bagi memastikan negara mempunyai persekitaran yang bersih dan sihat, Alam Flora memainkan peranan yang aktif dalam memberi maklumat dan pengetahuan berkaitan kepada orang awam.

Mohd Zain menyentuh mengenai kempen-kempen 3R (Reduce, Reuse, Recyle) yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak lebih sedekad yang lepas.

"Konsep 3R sebenarnya telah melalui satu tempoh yang cukup lama sejak ia dilancarkan pada 1996. Kemudian pada tahun 2000 sekali lagi kempen mengenainya dilancarkan oleh kerajaan. Tetapi hingga ke hari ini sambutannya masih tidak menyeluruh", jelas Mohd Zain.

Ekoran banyaknya kempen mengenai 3R dijalankan secara berterusan, beliau berpendapat rakyat Malaysia sebenarnya telah ada pengetahuan tentang 3R iaitu kurangkan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle).

"Cuma sikap tidak peduli atau mengharap kepada pihak lain untuk melakukannya menyebabkan sampah akan terus bertambah. Ia akan terus bertambah selagi rakyat Malaysia tidak berubah sikap", katanya.


4) Laporan Pertandingan


Image result for smk dato mahmud paduka raja 1 tanah merah


JAWATANKUASA KITAR SEMULA 

Penyelaras              : Mustapha Bin Zain

Setiausaha              : Mariah Binti Omar

Ahli Jawatankuasa : Marissa Binti Husin
                               : Umairah Binti Yusuf
                               : Muhd Farin Bin Hassan
                               : Hafizal Bin Abdullah
                               : Eleynor Bin Noor


PROGRAM PERTANDINGAN KITAR SEMULA



OBJEKTIF:

1) Memberi pengetahuan kepada semua pelajar tentang kitar semula.
2) Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula.
3) Memupuk semangat kerjasama pelajar-pelajar dalam bilik darjah.
4) Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar.
5) Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula.
6) Memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk menjalankan aktiviti kitar semula.


STRATEGI PELAKSANAAN:
1) Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua pelajar semasa perhimpunan pagi.
2) Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.
3) Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahan-bahan kitar semula terbanyak dan berkesan.
4) Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini.
5) Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada hari penamat program ini.
6) Dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.

7)  Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar semula yang berjaya dikumpul oleh pelajar-pelajar di setiap kelas.


REFLEKSI:
1)Kekuatan Projek/ Aktiviti:
    Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk  dijadikan barangan baru yang berguna. Program Pertandingan Kitar Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar sejak bangku sekolah lagi. Program Kitar Semula kali ini berpeluang mengurangkan bahan-bahan buangan pepejal (solid waste), mendidik pelajar-pelajar tentang cara yang betul untuk membuang sampah dan menanamkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab antara murid-murid. Melalui taklimat ringkas yang diberi kepada pelajar-pelajar dapat membantu   mereka memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan isu kitar semula. Semua pelajar juga berkesempatan mengenali bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang disenaraikan. Selain itu, kami menyediakan plastik hitam bersaiz besar bersama labelnya untuk   membezakan kumpulan bahan-bahan kitar semula misalnya kertas, plastic dan tin-tin   aluminium. Pelajar-pelajar juga sedar akan kepentingan kitar semula seperti mengurangkan pencemaran, manambah pendapatan dan memupuk sikap jimat-cermat melalui risalah yang diberikan kepada setiap kelas. Mereka juga menggunakan  bahan kitar semula yang telah dikumpul dalam pertandingan rekacipta dengan bahan kitar semula semasa Hari  Kokurikulum. Bertitik-tolak   daripada manifestasi ini, jelas membuktikan  bahawa pelajar-pelajar memahami tujuan Program   Kitar Semula yang diadakan kali ini dan memberi sokongan penuh untuk menjayakannya.
     Dengan melaksanakan program kitar semula, sekolah mewujudkan persekitaran belajar yang   kondusif ataupun dikenali sebagai hands-on learning environment di mana pelajar dapat melatih dan meningkatkan sikap bertanggungjawab  terhadap  alam  sekitar  dan   juga   menjadi  rakyat  yang   mempunyai perilaku mulia dengan mengurangkan penggunaan sumber. Sementara itu, kami juga menganjurkan pertandingan Pengumpulan Bahan-bahan Kitar Semula antara kelas dengan   menyediakan ganjaran kepada kelas yang berjaya mengumpul bahan kitar semula terbanyak.   Pertandingan ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kepimpinan dan kerjasama pelajar-pelajar dimana ketua kelas akan membahagikan kerja kepada murid lain supaya mengumpul bahan-bahan terpakai yang berlainan kategori untuk kelas masing-masing. Melalui pemerhatian saya selama 2 minggu ini, penglibatan murid dalam program ini adalah sangat aktif kerana mereka   sanggup mengumpul semua botol-botol plastik atau tin-tin aluminium walaupun di luar kawasan sekolah. Hal ini menunjukkan pelajar-pelajar mula menyedari tanggungjawab mereka agar   tidak membuang sampah merata-rata tempat sesuka hati dan amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli.

2)Kelemahan Projek/ Aktiviti:
     Apa yang difahami oleh pelajar dalam dua minggu ini adalah bahan-bahan yang boleh dikitar   semula dan tujuan mereka ialah memastikan kelas mereka menang dalam pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula. Oleh itu, pelajar-pelajar telah membawa semua suratkhabar lama, kertas-kertas bercetak, botol plastik dan sebagainya ke kelas masing-masing untuk   memenuhkan plastik kitar semula yang diberi kepada setiap kelas. Info berkaitan penggunaan   semula bahan-bahan kitar semula juga tidak disampaikan oleh semua pelajar.  Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini kami hanya sempat menyampaikan maklumat asas tentang kitar semula   kepada pelajar-pelajar dimana aktiviti ini sebenarnya perlu diteruskan pada jangka masa yang panjang dan dimana-mana jua anda berada.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
        Menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah lumayan kepada mereka yang berjaya menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan yang diadakan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan   semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut   kualiti dan bukannya kuantiti. Ganjaran seperti kupon diskaun membeli buku di koperasi sekolah   boleh diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang demi menjayakan program kitar semula. Aktiviti pengumpulan bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat setiap warga sekolah dengan menyediakan tong-tong sampah kitar semula yang sesuai agar setiap orang dapat membuang   sampah mengikut kategori yang sesuai dan mengurangkan pencemaran di sekitar sekolah. Selain   itu, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kantin sekolah agar mengelakkan penggunaan plastik   atau polisterin dan menyeru pelajar-pelajar membawa bekas sendiri ke sekolah begitu juga dengan   botol air. Maklumat berkaitan dengan kitar semula seperti pengenalan, kepentingan, barang-barang   kitar semula dan sebagainya harus ditampal di setiap sudut sekolah untuk mengingati semua warga sekolah dari semasa ke semasa. Akhir sekali, program kitar semula perlulah disertai oleh semua warga sekolah bersama-sama agar mendapat sambutan yang baik dan berjaya.


KESIMPULAN:
        Semua pelajar mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula. Mereka memahami bahawa mempraktikkan kitar semula merupakan satu amalan   yang baik, cinta terhadap alam sekitar, sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang   mulia dan bertanggungjawab serta sebagai contoh kepada orang lain. Kesedaran ke atas kepentingan kitar semula agak tinggi dikalangan pelajar-pelajar sekolah ini.  Amalkan konsep kitar   semula selangkah demi selangkah untuk memelihara ruang hidup kita dan wujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat. Tunjukkan kesungguhan dan usaha anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.

Disediakan oleh,                                                                         Disemak oleh,
_______mariah__________                                               ______mustapha_____
(MARIAH BINTI OMAR)                                                              (MUSTAPHA BIN ZAIN)  
Setiausaha,                                                                                    Penyelaras,
Jawatankuasa Kitar Semula,                                                       Jawatankuasa Kitar Semula,
SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1)                                       SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1)

Diisahkan oleh,
                aliche     
(CHE ALI BIN CHE KOB)
Pengetua,
SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1)



5) BAHAN-BAHAN LAIN YANG BERKAITAN

Barang Terbuang Dan Dibuang


Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar SemulaTidak kira di mana anda berada, pasti ada sahaja barang-barang terbuang yang dapat anda lihat. Di dalam rumah, di luar rumah malah dimana-mana sahaja. Ada yang dibuang kedalam tong sampah dan ada juga dibuang merata-rata.

Kemanakah barang-barang buangan atau sampah-sampah ini akan pergi? Ianya tidak akan ghaib begitu sahaja. Ada yang diangkut ketempat pelupusan sampah dan ada juga yang akan terus terbiar begitu sahaja. 

Pengakhirannya sama ada ia akan tertimbus dan hanyut lalu mereput atau terbakar menjadi abu.

Tapi ada satu lagi kemungkinan dan ianya mampu memanjangkan hayat barang-barang terbuang ini iaitu dengan kitar semula. Kitar semula melalui proses pengilangan untuk dijadikan bahan asas semula atau di guna semula dengan cara yang berbeza rupa bentuk dan fungsinya.
Idea Kreatif Barang Terbuang

Kreativiti kitar semula ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi. Ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan dan mengurangan pembaziran penggunaan sumber semulajadi. 

Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna.


Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula
 
Lampu ekslusif ini bernilai tinggi walaupun ianya di buat dari bahan terbuang. Ianya memberi contoh terbaik bahawa idea kreatif kitar semula sesuatu barang terbuang mampu menambah nilai dan berharga.




VIDEO KESAN-KESAN TIDAK MENGAMALKAN AMALAN KITAR SEMULA