Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
1) Bahan-bahan Kitar Semula termasuk kebanyakan jenis tayar, botol air, kaca, kertas, logam, dan plastik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
2) Aktiviti Kitar Semula bagi mereka yang mempunyai bakat dalam seni kreativiti, bahan-bahan ini boleh diolah menjadi sesuatu yang bermanfaat yang kemudiannya boleh dijadikan hobi untuk mengisi masa luang. Malah ada juga yang beroleh pendapatan hasil daripada gubahan bahan terpakai.
Ada juga masyarakat kampung di negara ini yang mengambil inisiatif dengan membuat beg kertas daripada kertas surat khabar. Beg tersebut diusahakan oleh Majlis Perundingan Kampung Tanjong Maya yang setentunya akan membantu ekonomi penduduk kampung.
Mudah-mudahan perancangan untuk melaratkan aktiviti ini ke kampung-kampung yang lain akan dapat dilaksanakan.

3) Berita (Sinar Harian)

KUALA LUMPUR - Menjelang tahun 2020, sasaran kutipan sampah dan sisa pepejal di seluruh negara ditetapkan 33,000 tan sehari.
Dengan jumlah kutipan pada tahun lepas sudahpun mencapai 30,000 tan sehari sedangkan sasarannya 20,000 tan sehari, tidak mustahil jumlah lambakan sampah oleh rakyat Malaysia untuk tahun 2020 akan melebihi jumlah sasaran itu.
Persoalannya, adakah penambahan jumlah sampah akan menyebabkan kita terpaksa hidup berkongsi tanah dengan timbunan sampah sarap yang kita sendiri hasilkan? Apa pula tindakannya jika mahu mengurangkan masalah ini?
Menurut Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) Mohd Zain Hassan, tugas dan tanggungjawab mengurangkan jumlah sampah itu tidak hanya tergalas di bahu agensi dan syarikat yang terbabit menguruskan sampah dan bahan buangan sahaja. Tetapi akan lebih berjaya apabila dimulakan dari rumah.
Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan kerajaan bagi memastikan negara mempunyai persekitaran yang bersih dan sihat, Alam Flora memainkan peranan yang aktif dalam memberi maklumat dan pengetahuan berkaitan kepada orang awam.
Mohd Zain menyentuh mengenai kempen-kempen 3R (Reduce, Reuse, Recyle) yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak lebih sedekad yang lepas.
"Konsep 3R sebenarnya telah melalui satu tempoh yang cukup lama sejak ia dilancarkan pada 1996. Kemudian pada tahun 2000 sekali lagi kempen mengenainya dilancarkan oleh kerajaan. Tetapi hingga ke hari ini sambutannya masih tidak menyeluruh", jelas Mohd Zain.
Ekoran banyaknya kempen mengenai 3R dijalankan secara berterusan, beliau berpendapat rakyat Malaysia sebenarnya telah ada pengetahuan tentang 3R iaitu kurangkan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle).
"Cuma sikap tidak peduli atau mengharap kepada pihak lain untuk melakukannya menyebabkan sampah akan terus bertambah. Ia akan terus bertambah selagi rakyat Malaysia tidak berubah sikap", katanya.
JAWATANKUASA KITAR SEMULA
Penyelaras : Mustapha Bin Zain
Setiausaha : Mariah Binti Omar
Ahli Jawatankuasa : Marissa Binti Husin
: Umairah Binti Yusuf
: Muhd Farin Bin Hassan
: Hafizal Bin Abdullah
: Eleynor Bin Noor
PROGRAM PERTANDINGAN KITAR SEMULA
OBJEKTIF:
1) Memberi pengetahuan kepada semua pelajar tentang kitar
semula.
2) Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula.
3) Memupuk semangat kerjasama pelajar-pelajar dalam bilik
darjah.
4) Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam
sekitar.
5) Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula.
6) Memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar
untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1) Mengadakan
taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua pelajar semasa
perhimpunan pagi.
2) Memaparkan
maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah tentang
kepentingan kitar semula di setiap kelas.
3) Menganjurkan
pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahan-bahan kitar semula
terbanyak dan berkesan.
4) Memberi
pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam
melaksanakan program kitar semula ini.
5) Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar
semula pada hari penamat program ini.
6) Dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula
mengikut kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.
7) Menghubungi
agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar semula yang berjaya
dikumpul oleh pelajar-pelajar di setiap kelas.
REFLEKSI:
1)Kekuatan Projek/ Aktiviti:
Kitar semula
bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang
untuk dijadikan barangan baru yang berguna.
Program Pertandingan Kitar Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran
pelajar-pelajar tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar sejak
bangku sekolah lagi. Program Kitar Semula kali ini berpeluang mengurangkan
bahan-bahan buangan pepejal (solid waste), mendidik pelajar-pelajar tentang
cara yang betul untuk membuang sampah dan menanamkan sikap kepimpinan dan
tanggungjawab antara murid-murid. Melalui taklimat ringkas yang diberi kepada
pelajar-pelajar dapat membantu mereka
memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan isu kitar semula. Semua pelajar
juga berkesempatan mengenali bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula
seperti yang disenaraikan. Selain itu, kami menyediakan plastik hitam bersaiz
besar bersama labelnya untuk membezakan
kumpulan bahan-bahan kitar semula misalnya kertas, plastic dan tin-tin aluminium. Pelajar-pelajar juga sedar akan
kepentingan kitar semula seperti mengurangkan pencemaran, manambah pendapatan
dan memupuk sikap jimat-cermat melalui risalah yang diberikan kepada setiap
kelas. Mereka juga menggunakan bahan
kitar semula yang telah dikumpul dalam pertandingan rekacipta dengan bahan
kitar semula semasa Hari Kokurikulum. Bertitik-tolak daripada manifestasi ini, jelas membuktikan bahawa pelajar-pelajar memahami tujuan
Program Kitar Semula yang diadakan kali
ini dan memberi sokongan penuh untuk menjayakannya.
Dengan
melaksanakan program kitar semula, sekolah mewujudkan persekitaran belajar
yang kondusif ataupun dikenali sebagai hands-on
learning environment di mana pelajar dapat melatih dan meningkatkan sikap bertanggungjawab terhadap
alam sekitar dan
juga menjadi rakyat
yang mempunyai perilaku mulia
dengan mengurangkan penggunaan sumber. Sementara itu, kami juga menganjurkan pertandingan
Pengumpulan Bahan-bahan Kitar Semula antara kelas dengan menyediakan ganjaran kepada kelas yang
berjaya mengumpul bahan kitar semula terbanyak. Pertandingan ini secara tidak langsung dapat
memupuk sikap kepimpinan dan kerjasama pelajar-pelajar dimana ketua kelas akan
membahagikan kerja kepada murid lain supaya mengumpul bahan-bahan terpakai yang
berlainan kategori untuk kelas masing-masing. Melalui pemerhatian saya selama 2
minggu ini, penglibatan murid dalam program ini adalah sangat aktif kerana
mereka sanggup mengumpul semua
botol-botol plastik atau tin-tin aluminium walaupun di luar kawasan sekolah.
Hal ini menunjukkan pelajar-pelajar mula menyedari tanggungjawab mereka agar tidak membuang sampah merata-rata tempat
sesuka hati dan amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk
generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan
menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli.
2)Kelemahan Projek/ Aktiviti:
Apa yang difahami
oleh pelajar dalam dua minggu ini adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan tujuan mereka ialah memastikan
kelas mereka menang dalam pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula. Oleh
itu, pelajar-pelajar telah membawa semua suratkhabar lama, kertas-kertas
bercetak, botol plastik dan sebagainya ke kelas masing-masing untuk memenuhkan plastik kitar semula yang diberi
kepada setiap kelas. Info berkaitan penggunaan
semula bahan-bahan kitar semula juga tidak disampaikan oleh semua pelajar. Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini kami
hanya sempat menyampaikan maklumat asas tentang kitar semula kepada pelajar-pelajar dimana aktiviti ini
sebenarnya perlu diteruskan pada jangka masa yang panjang dan dimana-mana jua
anda berada.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Menganjurkan pertandingan
yang memberi hadiah lumayan kepada mereka yang berjaya menghasilkan program
yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan
yang diadakan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan bahan-bahan yang
memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar. Kini sudah tiba masanya untuk
mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak
dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti. Ganjaran
seperti kupon diskaun membeli buku di koperasi sekolah boleh diberikan kepada mereka yang banyak
menyumbang demi menjayakan program kitar semula. Aktiviti pengumpulan
bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat setiap warga sekolah dengan
menyediakan tong-tong sampah kitar semula yang sesuai agar setiap orang dapat
membuang sampah mengikut kategori yang
sesuai dan mengurangkan pencemaran di sekitar sekolah. Selain itu, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan
kantin sekolah agar mengelakkan penggunaan plastik atau polisterin dan menyeru pelajar-pelajar
membawa bekas sendiri ke sekolah begitu juga dengan botol air. Maklumat berkaitan dengan kitar
semula seperti pengenalan, kepentingan, barang-barang kitar semula dan sebagainya harus ditampal
di setiap sudut sekolah untuk mengingati semua warga sekolah dari semasa ke
semasa. Akhir sekali, program kitar semula perlulah disertai oleh semua warga
sekolah bersama-sama agar mendapat sambutan yang baik dan berjaya.
KESIMPULAN:
Semua pelajar
mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang boleh dikitar semula dan diguna
semula. Mereka memahami bahawa mempraktikkan kitar semula merupakan satu
amalan yang baik, cinta terhadap alam sekitar,
sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang mulia dan bertanggungjawab serta sebagai contoh
kepada orang lain. Kesedaran ke atas kepentingan kitar semula agak tinggi dikalangan
pelajar-pelajar sekolah ini. Amalkan
konsep kitar semula selangkah demi selangkah
untuk memelihara ruang hidup kita dan wujudkan persekitaran yang lebih bersih
dan sihat. Tunjukkan kesungguhan dan usaha anda melalui teladan dan amalkannya
sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
_______mariah__________ ______mustapha_____
(MARIAH BINTI OMAR) (MUSTAPHA
BIN ZAIN)
Setiausaha, Penyelaras,
Jawatankuasa Kitar Semula,
Jawatankuasa Kitar Semula,
SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1) SMK Dato’
Mahmud Paduka Raja (1)
Diisahkan oleh,
aliche
(CHE ALI BIN CHE KOB)
Pengetua,
SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1)
5) BAHAN-BAHAN LAIN YANG BERKAITAN
Barang Terbuang Dan Dibuang
.jpg)
Kemanakah barang-barang buangan atau sampah-sampah ini akan pergi? Ianya tidak akan ghaib begitu sahaja. Ada yang diangkut ketempat pelupusan sampah dan ada juga yang akan terus terbiar begitu sahaja.
Tapi ada satu lagi kemungkinan dan ianya mampu memanjangkan hayat barang-barang terbuang ini iaitu dengan kitar semula. Kitar semula melalui proses pengilangan untuk dijadikan bahan asas semula atau di guna semula dengan cara yang berbeza rupa bentuk dan fungsinya.
Idea Kreatif Barang Terbuang
Kreativiti kitar semula ini memperlihatkan idea kreatif penggunaan barang terbuang yang di kitar semula menjadi satu barangan lain yang berbeza rupa dan fungsi. Ianya dapat membantu pengurangan bahan buangan dan mengurangan pembaziran penggunaan sumber semulajadi.
Idea kreatif yang boleh anda cuba sebagai sumbangan anda dalam memelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna.
Lampu ekslusif ini bernilai tinggi walaupun ianya di buat dari bahan terbuang. Ianya memberi contoh terbaik bahawa idea kreatif kitar semula sesuatu barang terbuang mampu menambah nilai dan berharga.